Pendigitalan koperasi di Malaysia: merevolusikan pemerkasaan komuniti

Mohd Zaki, Suhanom and Razali, Saifudin and Md Yusof, Norhidayah (2022) Pendigitalan koperasi di Malaysia: merevolusikan pemerkasaan komuniti. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Teknologi pendigitalan telah menjadi kuasa transformatif merentasi pelbagai sektor, termasuklah pengurusan koperasi di Malaysia. Tabir urus dan pengoperasian koperasi perlu mengorak langkah berani dalam mengadaptasi teknologi pendigitalan bagi mengembangkan dan meningkatkan pertumbuhan, kecekapan dan memerkasakan komuniti anggota koperasi. Pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2021-2025 oleh Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama SKM, IKMa dan ANGKASA menyediakan program intervensi pemulihan perniagaan koperasi mengikut norma baharu. Ia menggariskan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan keupayaan koperasi menjalankan perniagaan berasaskan teknologi. Sebagai contoh keperluan koperasi mengadaptasi pemasaran melalui platform digital dan pembayaran secara dalam talian adalah sangat penting dan dapat memperluaskan skop perniagaan koperasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122101.pdf]
Text
122101.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics