Salt Bae: pencetus kontroversi serta revolusi

Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin and Mustafa Kamal, Musmailina and Abd Mansor, Nor Hafizah and Othman, Norfizah and Raja Ahmad, Raja Adzrin (2022) Salt Bae: pencetus kontroversi serta revolusi. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Acara penutup Piala Dunia 2022 dicemari dengan kontroversi, apabila viral seorang chef ternama, Salt Bae, menyalahi undang-undang FIFA dengan mencerobohi padang serta memegang trofi kejuaraan Piala Dunia. Aksi tersebut menjadi kemarahan kepada Lionel Messi, bintang utama Argentina, yang langsung tidak mengendahkan ajakan Salt Bae untuk bergambar bersama-sama. Jutaan peminat bola sepak seluruh dunia turut lantang mengkritik kehadiran tetamu tidak diundang itu. Ini adalah kerana hanya pemain, bekas pemain serta pemimpin negara sahaja yang dibenarkan untuk menyentuh piala tersebut. Manakala Salt Bae langsung tidak ada kaitan dengan upacara penutup sukan paling popular itu. Akibat dari tindakan bodohnya, Salt Bae dilarang dari menyertai mana-mana edisi Piala Dunia seumur hidup. Walau bagaimanapun, tindakan berani beliau telah menyebabkan timbul kembali minat peminat seluruh dunia untuk mengenali usahawan serta bintang masakan tersebut. Siapakah figura yang dikenali sebagai Salt Bae?

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122010.pdf]
Text
122010.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics