Abstract
Acara penutup Piala Dunia 2022 dicemari dengan kontroversi, apabila viral seorang chef ternama, Salt Bae, menyalahi undang-undang FIFA dengan mencerobohi padang serta memegang trofi kejuaraan Piala Dunia. Aksi tersebut menjadi kemarahan kepada Lionel Messi, bintang utama Argentina, yang langsung tidak mengendahkan ajakan Salt Bae untuk bergambar bersama-sama. Jutaan peminat bola sepak seluruh dunia turut lantang mengkritik kehadiran tetamu tidak diundang itu. Ini adalah kerana hanya pemain, bekas pemain serta pemimpin negara sahaja yang dibenarkan untuk menyentuh piala tersebut. Manakala Salt Bae langsung tidak ada kaitan dengan upacara penutup sukan paling popular itu. Akibat dari tindakan bodohnya, Salt Bae dilarang dari menyertai mana-mana edisi Piala Dunia seumur hidup. Walau bagaimanapun, tindakan berani beliau telah menyebabkan timbul kembali minat peminat seluruh dunia untuk mengenali usahawan serta bintang masakan tersebut. Siapakah figura yang dikenali sebagai Salt Bae?
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin ahmad801@uitm.edu.my Mustafa Kamal, Musmailina UNSPECIFIED Abd Mansor, Nor Hafizah UNSPECIFIED Othman, Norfizah UNSPECIFIED Raja Ahmad, Raja Adzrin UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Salt Bae, Menyalahi undang-undang FIFA, Mencerobohi padang |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122010 |
