Abstract
iAudit@PMJB merupakan satu inovasi dalam konteks pengurusan bagi memudahcara pelaksanaan pengauditan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014. Semasa pandemik Covid-19 proses audit tetap perlu dilaksanakan walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengauditan perlu dilaksanakan walaupun secara atas talian. Objektif iAUDIT@PMJB adalah bagi pelaksanaan audit secara sistematik dimana pengauditan boleh dilaksanakan secara online dan kesemua pembuktian boleh dibuktikan secara atas talian. Sistem ini bukan sahaja boleh membantu juruaudit melaksanakan pengauditan dengan lebih mudah malah dapat membantu juruaudit untuk membuat penyimpanan dokumen dan bukti-bukti audit secara terperinci dan tersusun. iAUDIT@PMJB direka mengikut prosedur dan garis panduan proses audit dalaman PMJB dan boleh digunapakai bagi pengauditan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 yang akan dilaksanakan oleh pihak SIRIM setiap tahun. iAUDIT@PMJB bukan sahaja membantu dalam pemudahcara proses audit malah dapat menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas. Segala laporan, bukti audit dan dokumen serta proses audit dilaksanakan dengan lebih efektif dan bekesan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Aman, Hasradiana UNSPECIFIED Mokdeh, Zilhaya UNSPECIFIED Aziz, Asikin UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Zainodin @ Zainuddin, Aznilinda 314217 |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Banking > Accounting. Bookkeeping > Auditing. Bank examination H Social Sciences > HG Finance > Balance sheets. Financial statements. Including corporation reports. Financial reporting. Financial disclosure |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Engineering |
| Series Name: | International Tinker Innovation & Entrepreneurship Challenge |
| Number: | 2nd |
| Page Range: | pp. 724-730 |
| Keywords: | I_audit@pmjb, Juruaudit, Proses audit |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121862 |
