Abstract
Transkrip ini mengandungi sesi temu bual bersama Encik Mahaudin Bin Abdul Rahman mengenai penglibatan beliau dalam Ops Kota dalam menangani keganasan yang melibatkan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah berlaku di Klian Intan, Perak pada tahun 1989. Temu bual ini telah dilakukan di rumah beliau, 61 Kampung Batu Papan, Bandar Bera, Pahang pada hari Jumaat, 28 November 2014. Beliau merupakan seorang yang berhemat, berkaliber, dan mempunyai komitmen tinggi dalam meningkatkan prestasi kerjayanya, terutamanya di dalam pasukan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau juga seorang yang peramah dan petah berbicara, di mana setiap kenyataan yang diucapkan disertakan dengan asas yang kukuh. Di samping itu, beliau juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Kandungan transkrip ini merangkumi latar belakang kehidupan beliau, latar belakang keluarga, sejarah pendidikan, serba sedikit mengenai bidang yang beliau ceburi, serta peranan beliau dalam Ops Kota khasnya. Setiap butiran dalam temu bual ini diterangkan dengan terperinci dan teliti. Segala soalan yang diberikan diceritakan dengan benar dan tidak mengandungi unsur-unsur sensitif serta unsur-unsur mengaibkan pihak lain.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Zainudin, Syakila UNSPECIFIED Raja Ariff, Raja Muhammad Firdaus UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Perak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Mahaudin bin Abdul Rahman, Operasi Kota (Ops Kota), Klian Intan, Perak, Sejarah Ketenteraan Malaysia, Komunis, Perang insurgensi, Pengalaman perajurit, Sejarah lisan, Wawancara, Klian Intan Operations |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121780 |
