Isu-isu logistik halal di Malaysia dan kaitannya pada usahawan

Ali, Noor Malinjasari and Mohamed Nor, Raslina and Mat Salleh, Suzila and Hamzah, Siti Fatimah Mardiah and Sulong, Ruzaidah and Mohd Noor, Hasmida and Muhammad Khodri Harahap, Afif Zuhri and Kamaruddin, Kardina (2022) Isu-isu logistik halal di Malaysia dan kaitannya pada usahawan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Integriti makanan merupakan antara isu yang menjadi perhatian dan perdebatan terutamanya dalam konteks logistik halal dan rantaian bekalan di Malaysia. Sungguh pun Malaysia dikenali sebagai negara Islam, isu-isu mengenai logistik halal sering menjadi perhatian disebabkan tekanan daripada pengguna dan kerajaan. Usahawan perlu mengambil tahu mengenai isu ini kerana kebanyakan usahawan Malaysia kebiasaannya menjadikan produk makanan sebagai produk perniagaan mereka dan apatah lagi kebanyakan pengguna mereka juga adalah pengguna Muslim. Masalah seperti isu pelabelan hanyalah merupakan isu kecil namun sekiranya masalah ini tidak diatasi, ia akan menimbulkan isu yang lebih besar lagi iaitu kepercayaan pengguna. Mari kita lihat, apakah masalah yang timbul daripada isu logistik halal ini dan apa kaitannya pada usahawan?

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121759.pdf]
Text
121759.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics