Abstract
Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Dato' Jalaluddin Hassan mengenai kerjaya beliau dalam bidang seni yang telah mencecah 24 tahun penglibatan. Temu bual ini telah dijalankan di kediaman beliau di Ampang Jaya, Selangor pada 16 April 2014, bermula jam 11:00 pagi. Beliau merupakan seorang Artis yang versatil kerana menceburkan diri dalam pelbagai bidang seperti pelakon dan pengacara, dan sehingga ke hari ini masih aktif. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau serta pengalaman beliau sepanjang bergelar artis. Selain itu, temu bual ini juga menumpukan kepada pengalaman yang beliau lalui sepanjang menjadi pelakon dan pengacara. Beliau turut menceritakan bagaimana beliau boleh berkecimpung dalam bidang nyanyian yang hanyalah sebagai hobi, serta penglibatan beliau sebagai duta kepada syarikat Beras Yasmin. Selain itu, beberapa pendapat beliau mengenai bidang seni di negara kita, perbezaan, dan pandangan beliau tentang artis-artis masa kini turut dikupas di dalam transkrip ini.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sanihan, Nurul Haziawanis 2012936311 Zakaria, Farah Ayuni 2012743775 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Ramsi, Mohd Faizal UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Dato' Jalaluddin Hassan, Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Artis |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121690 |
