Wawancara Bersama Encik Ab Jalil bin Saat mengenai pengalaman dan perjalanan karier sebagai bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tragedi yang dilalui ketika rondaan di perairan Terengganu

Bahari, Azliza and Roslan, Sharain Riza (2012) Wawancara Bersama Encik Ab Jalil bin Saat mengenai pengalaman dan perjalanan karier sebagai bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tragedi yang dilalui ketika rondaan di perairan Terengganu. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran IMR 603 - Documenting Oral Tradition untuk pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod, kajian ini memerlukan temu bual bersama tokoh dalam kategori wira dalam mempertahankan negara. Tokoh yang ditemui ialah Ab Jalil bin Saat, seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang berkhidmat sebagai Laskar Kanan 1 dalam Anggota Peperangan Paras Permukaan (PPP). Beliau berkhidmat selama 13 tahun dalam TLDM, iaitu salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi dan pengawasan maritim negara. Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan TLDM kerana merasakan doktrinnya tidak sejajar dengan kehendak diri. Peristiwa tragis yang menimpa beliau adalah semasa menjalankan rondaan rutin di perairan negara pada tahun 1993. Beliau telah menangkap awak-awak dari Thailand yang menangkap ikan di Zon Eksekutif Ekonomi (ZEE) negara, namun malangnya beliau telah dihumban ke laut oleh mereka. Beliau terapung di lautan selama 29 jam sebelum diselamatkan oleh Kapal Gastor Gas yang dalam perjalanan ke Panama. Setelah menamatkan perkhidmatan dalam TLDM, beliau kini bekerja sendiri dan merasakan kehidupannya lebih tenang dan bahagia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121678.pdf]
Text
121678.pdf
Download (293kB)
Indexing & Metrics