Abstract
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran IMR 603 - Documenting Oral Tradition untuk pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod, kajian ini memerlukan temu bual bersama tokoh dalam kategori wira dalam mempertahankan negara. Tokoh yang ditemui ialah Ab Jalil bin Saat, seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang berkhidmat sebagai Laskar Kanan 1 dalam Anggota Peperangan Paras Permukaan (PPP). Beliau berkhidmat selama 13 tahun dalam TLDM, iaitu salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi dan pengawasan maritim negara. Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan TLDM kerana merasakan doktrinnya tidak sejajar dengan kehendak diri. Peristiwa tragis yang menimpa beliau adalah semasa menjalankan rondaan rutin di perairan negara pada tahun 1993. Beliau telah menangkap awak-awak dari Thailand yang menangkap ikan di Zon Eksekutif Ekonomi (ZEE) negara, namun malangnya beliau telah dihumban ke laut oleh mereka. Beliau terapung di lautan selama 29 jam sebelum diselamatkan oleh Kapal Gastor Gas yang dalam perjalanan ke Panama. Setelah menamatkan perkhidmatan dalam TLDM, beliau kini bekerja sendiri dan merasakan kehidupannya lebih tenang dan bahagia.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bahari, Azliza 2011611554 Roslan, Sharain Riza 2011886236 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdul Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | V Naval Science > V Naval science (General) C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements V Naval Science > VA Navies : Organization, distribution, naval situation |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Wira, Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM, Laskar Kanan 1, Anggota Peperangan Paras Permukaan (PPP), Zon Eksekutif Ekonomi (ZEE), Penyelamatan laut |
| Date: | 2012 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121678 |
