Abstract
Ibrahim bin Jidon merupakan seorang bekas askar jurutera yang berkhidmat di bawah tiga badan keselamatan: British Army, Federation Engineer, dan Rejimen Askar Jurutera dari tahun 1955 hingga 1976. Beliau memulakan karier tenteranya sebagai Royal Engineer (RE) dalam Squadron 76 di Kluang, Johor pada Januari 1955, ketika berumur 19 tahun. Selepas British Army dibubarkan, beliau ditawarkan menyertai Federation Engineer pada tahun 1957 sebelum merdeka. Seterusnya, Federation Engineer ditukarkan kepada Rejimen Askar Jurutera pada tahun 1963. Beliau menamatkan kerjaya sebagai Askar Jurutera pada usia 39 tahun pada tahun 1976. Peranan khas askar jurutera ketika itu termasuk tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang, serta menyediakan bekalan air. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah melalui dua peristiwa penting iaitu serangan komunis (dari tahun 1955 hingga 1957) dan Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1966 di Sarawak. Beliau telah dianugerahkan beberapa anugerah, antaranya Pingat Perkhidmatan Setia, General Service Medal, Pingat Perkhidmatan Berbakti, dan Pingat Perkhidmatan Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hamidon, Hazwan UNSPECIFIED Mohd Nordin, Mohamad Naqib UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements U Military Science > UG Military engineering. Air forces |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | British Army, Federation Engineer, Rejimen Askar Jurutera, Royal Engineer (RE), Squadron 76, Komunis, Konfrontasi Malaysia Indonesia, Landasan kapal terbang, Membina Jalan |
| Date: | 2013 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121674 |
