Transkrip wawancara bersama Tuan Haji Hassan Bin Nam, senator orang asli pertama selama 2 penggal iaitu dari tahun 1984 hingga 1990.

Yahya, Muhammad Nazmi Farhan and Mohd Hedir, Muhammad Hazriq (2013) Transkrip wawancara bersama Tuan Haji Hassan Bin Nam, senator orang asli pertama selama 2 penggal iaitu dari tahun 1984 hingga 1990. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mendokumentasikan sesi temu bual bersama Tuan Haji Hassan Bin Nam mengenai penglibatan beliau sebagai Senator Orang Asli Pertama dalam Dewan Negara selama dua penggal, iaitu dari tahun 1984 hingga 1990. Temu bual ini telah dijalankan di kediaman beliau di Taman Selasih, Gombak, Selangor pada hari Sabtu, 7 Disember 2013. Beliau berasal dari bangsa Orang Asli dari suku kaum Semelai dan dikenali sebagai individu yang memajukan dan menegakkan hak-hak Orang Asli Pribumi, selain penglibatannya yang aktif dalam politik. Beliau juga digambarkan sebagai seorang yang peramah dan konsisten dalam pekerjaannya, di mana setiap kenyataan yang diucapkan dalam transkrip ini disokong dengan asas yang kukuh. Kandungan transkrip merangkumi latar belakang kehidupan beliau, latar belakang keluarga, sejarah pendidikan, bidang yang diceburi, serta peranan beliau sebagai Senator Dewan Negara. Setiap butiran dalam temu bual ini diterangkan dengan terperinci dan teliti, dan segala maklumat yang diberikan adalah benar, tanpa mengandungi unsur-unsur sensitif atau mengaibkan pihak lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121664.pdf]
Text
121664.pdf
Download (334kB)
Indexing & Metrics