Abstract
Transkrip ini mendokumentasikan sesi temu bual bersama Tuan Haji Hassan Bin Nam mengenai penglibatan beliau sebagai Senator Orang Asli Pertama dalam Dewan Negara selama dua penggal, iaitu dari tahun 1984 hingga 1990. Temu bual ini telah dijalankan di kediaman beliau di Taman Selasih, Gombak, Selangor pada hari Sabtu, 7 Disember 2013. Beliau berasal dari bangsa Orang Asli dari suku kaum Semelai dan dikenali sebagai individu yang memajukan dan menegakkan hak-hak Orang Asli Pribumi, selain penglibatannya yang aktif dalam politik. Beliau juga digambarkan sebagai seorang yang peramah dan konsisten dalam pekerjaannya, di mana setiap kenyataan yang diucapkan dalam transkrip ini disokong dengan asas yang kukuh. Kandungan transkrip merangkumi latar belakang kehidupan beliau, latar belakang keluarga, sejarah pendidikan, bidang yang diceburi, serta peranan beliau sebagai Senator Dewan Negara. Setiap butiran dalam temu bual ini diterangkan dengan terperinci dan teliti, dan segala maklumat yang diberikan adalah benar, tanpa mengandungi unsur-unsur sensitif atau mengaibkan pihak lain.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yahya, Muhammad Nazmi Farhan 2012482954 Mohd Hedir, Muhammad Hazriq 2012680178 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil@Kamarudzzan, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > Asia > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Senator, Dewan Negara, Semelai, Hassan Bin Nam, Senator, Orang Asli, Dewan Negara, Parlimen Malaysia, Political history, Political representation, Indigenous peoples, Sejarah lisan, Oral history, Wawancara, Malaysian politics, Semai, Ethnic group, Perjuangan politik |
| Date: | 2013 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121664 |
