Abstract
Transkrip ini mengandungi wawancara bersama Encik Ismail Bin Daud, seorang bekas Komando 69 berpangkat Sub. Inspektor. Wawancara ini berfokus pada peranan dan sumbangan beliau dalam misi penghapusan komunis di Kalimantan, Sarawak pada tahun 1971. Wawancara ini telah dijalankan di kediaman beliau di No. 5, Jln Duku 8, Taman Rumpun Bahagia, 75300 Bachang, Melaka pada 8 Disember 2014, bermula jam 3:00 petang. Beliau merupakan salah seorang veteran Komando 69 yang berpengalaman luas dan banyak berjasa bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara. Beliau digambarkan sebagai seorang yang berhemat, berkaliber, berkomitmen tinggi, peramah, tegas, dan petah berbicara. Kandungan transkrip ini merangkumi latar belakang kehidupan beliau, keluarga, sejarah pendidikan, bidang yang diceburi (anggota polis), dan secara khusus menumpukan kepada pengalaman yang beliau lalui sebelum bergelar Komando 69 dalam kumpulan pertama, serta peranan beliau dalam misi anti-komunis di Kalimantan, Sarawak.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Rahman, Ahmad Nabilie UNSPECIFIED Mohd Amin, Alif Asyraf UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Law enforcement. Police. Detectives. Constabulary > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Komando 69, Penghapusan Komunis, Sarawak, Kalimantan, Veteran Polis, Ismail bin Daud, S.I. Ismail bin Daud @ Mail Rantai, Komando 69, Misi Penghapusan Komunis, Communist elimination mission, Insurgensi Komunis Sarawak, Sarawak Communist Insurgency, Organisasi Komunis Kalimantan Utara, OKKU, Paraku/PGRS, Peranan PDRM Sarawak 1971, Perang hutan, Jungle warfare, Operasi PDRM, Sarawak, Oral history, Wira VAT 69 |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121635 |
