Artikel jurnal tempatan sukar diperolehi

Ibrahim, Shamsudin and Mohd Ali, Faiz Syafiq and Ibrahim, Mohd Khairul and Ahmed Kamel, Ashraf Azrul and Yaakob, Nurul Farahida (2017) Artikel jurnal tempatan sukar diperolehi. In: International Innovation & Design in Library & Information Science Compelition. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 16. ISBN 9773030607006

Official URL: https://infomgtkdh.wixsite.com/indelib/publication

Abstract

Jurnal atau majalah merupakan sumber rujukan yang amat penting dalam proses pengajaran,pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan khususnya oleh institusi pendidikan di seluruh dunia. Di Malaysia, jurnal bercetak dalam Negara seperti yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerap dirujuk oleh pelanggan perpustakaan meliputi warga UKM dan Pihak luar seperti pelajar sekolah.Jumlah koleksi bercetak yang banyak menyebabkan pelanggan sukar untuk mengesan artikel dengan cepat dan mudah. Pencarian artikel pula dilakukan secara manual kerana tiada indeks ( senarai artikel ) dalam format bercetak atau elektronik yang dapat digunakan. Akibatnya pelanggan terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk mencari satu artikel dan ia juga menjejaskan reputasi kakitangan dan perpustakaan sebagai pusat rujukan. Justeru, Perpustakaan UKM dengan mempunyai misi dan visi yang selari dengan UKM iaitu memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan akan terus memantapkan dan mempermudahkan penggunaankoleksi rujukan. Kumpulan telah menyediakan data indeks artikel majalah terbitan DBP yang boleh diakses sama ada dari dalam atau luar UKM. Ia mempunyai keupayaan mengesan artikel menggunakan nama pengaran,judul artikel dan judul majalah.Pangkalan Data ini dinamakan Indeks Dewan Bahasa dan Pustaka (IDBP) yang boleh dicapai di alamat http://b4ptsl.ukm.my/idbp/. Ia mengandungi lebih dari 67,000 maklumat bibliografik.IDBP bolek diases dari seluruh dunia. Sehingga kini, statistic capaian berdasarkan Google Analytics merekodkan lebih dari 11,000 capaian, di mana pengguna yang telah mengakses adalah dari 54 buah Negara. Pengkalan data IDBP semakin berkembang di mana lebih dari 67,000 artikel dari tahun 1963 hingga kini telah diindeks di dalamnya. Projek ini juga telah menjadi pencetus kepada termeterainya kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui memorandum persefahaman (MoU) antara UKM dan DBP dalam memperkasakan dan memartabatkan koleksi Bahasa Melayu dadn Koleksi yang berkaitan Peradaban Melayu.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Shamsudin
shamsudin.ibrahim@ukm.edu.my
Mohd Ali, Faiz Syafiq
faizsyafiqali@ukm.edu.my
Ibrahim, Mohd Khairul
mki@ukm.edu.my
Ahmed Kamel, Ashraf Azrul
ashrafazrul@ukm.edu.my
Yaakob, Nurul Farahida
farahida@ukm.edu.my
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Electronic information resources
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management
Page Range: p. 16
Keywords: Pencarian artikel, Perpustakaan, Maklumat
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121579
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121579.pdf] Text
121579.pdf

Download (489kB)

ID Number

121579

Indexing

Statistic

Statistic details