Sistem Al-Luqotoh

Jamalludin, Idris and Rusli, Rosnorzaini and Saleh, Syaiful Hisyam (2017) Sistem Al-Luqotoh. In: International Innovation & Design in Library & Information Science Compelition. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 13. ISBN 9773030607006

Official URL: https://infomgtkdh.wixsite.com/indelib/publication

Abstract

Sistem al-Luqotoh Perpustakaan UniSZA merupakan sistem ‘Lost n Found’ yang patuh shariah berkonsepkan laman web ‘One Stop Search’. Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan barang yang tercicir atau ditinggalkan (dikenali juga sebagai barang luqotoh) dan tidak dituntut oleh pengguna Perpustakaan. Sistem patuh shariah initelah mendapat khidmat nasihat daripada panel penasihat shariah yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), UniSZA. Maklumat barang yang tercicir/temuan akan dimasukkan ke dalam sistem pengesanan (Retrieve and Retrieval) untuk pemprosesan bagi membolehkan pengguna menyemak dan membuat tuntutan mengikut keperluan. Usaha mencari barangtersebut menjadi lebih mudah dan pemiliknya akan mendapat kembali barang yang tercicir/tertinggal. Lambakan barang yang ditemui dapat diselesaikan secara sistematik dan konsisten. Sistem ini dapat menghasilkan rekod bahan tercicir/temuan secara digital dan juga dapat mengeluarkan statistik pengurusan bahan tersebut. Sistem yang patuh shariah (Shariah Compliant) ini membantu perpustakaan menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang amanah menguruskan barang temuan mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh panel penasihat shariah.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamalludin, Idris
idrisj@unisza.edu.my
Rusli, Rosnorzaini
rosnor@unisza.edu.my
Saleh, Syaiful Hisyam
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management
Page Range: p. 13
Keywords: Al-Luqatoh, Shariah compliant, Barang tercicir, Barang temuan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121570
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121570.pdf] Text
121570.pdf

Download (604kB)

ID Number

121570

Indexing

Statistic

Statistic details