Abstract
Dalam era globalisasi, kemajuan teknologi maklumat telah mendorong kepada penggunaan jaringan media sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat konvensional sejak sedekad yang lalu. Menurut Kaplan dan Haenlein (2010), media sosial bermaksud “satu kumpulan aplikasi berasaskan internet yang dibangunkan atas dasar ideologi dan teknologi jaringan Web 2.0 yang membolehkan penghasilan dan pertukaran dilakukan dalam pelbagai bentuk di internet oleh pengguna”. Whatsapp, Instagram, Tiktok, Facebook, Twitter dan seumpamanya adalah merupakan antara jaringan media sosial yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Satu kajian juga telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menggunakan media sosial dalam purata lima jam empat puluh tujuh minit dalam masa sehari (Izzatul, 2021). Tambahan pula, situasi pandemik COVID-19 telah membawa kepada norma baharu dalam kehidupan dan aktiviti masyarakat apabila 86 peratus daripada penduduk Malaysia telah direkodkan sebagai penyumbang kepada 28 juta pengguna media sosial (Berita Harian, 2021). Jelas menunjukkan bahawa media sosial juga boleh juga dimanfaatkan sebagai salah satu alat pemasaran yang paling berpengaruh dalam membantu usahawan untuk mempromosikan perniagaan sekaligus membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelanggan tentang jenama sesuatu perniagaan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Noor Dalila noordalila@uitm.edu.my Harun, Norlaili UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Teknologi maklumat, Pandemik COVID-19 |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121555 |
