Abstract
Inflasi ataupun peningkatan paras harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh isi rumah boleh dianggap risiko buat warga global termasuk Malaysia. Kadar inflasi tinggi berlaku di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, inflasi pada bulan Ogos 2022 mencanak 8.3% merupakan rekod tertinggi dalam sejarah sejak tahun 1982. Manakala inflasi di negara lain pada bulan Ogos 2022 di zon Euro adalah sebanyak 9.1 peratus, Thailand (7.9 peratus), Filipina (6.3 peratus) dan Korea Selatan (5.7 peratus). Di Malaysia, kadar inflasi pada bulan yang sama telah meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2022. Kadar inflasi ini adalah lebih jauh dari yang dijangkakan oleh badan penyelidikan Socio-Economic Research Center iaitu sekitar 3.0% pada tahun 2022.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Zuriyati zuriy271@uitm.edu.my Yusof Ali, Noorhayati UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Inflasi, Bencana alam |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121514 |
