e-lawatan akademik : satu kajian awalan melalui konsep kumpulan inovatif dan kreatif (kik)

Khalid, Khairi and Mohd Sani, Mohd Syahrul Hisyam and Bachok, Mohd Fairuz and Ja'afar, Mohd Risham and Wan Abdullah, Wan Zukri and Osman, Ahmad Rasidi and Zainudin, Mohd Razmi and Alias, Rohaya and Muftah, Fadhluhartini and Mohsan, Nor Maslina and Mohd Saim, Noraida (2009) e-lawatan akademik : satu kajian awalan melalui konsep kumpulan inovatif dan kreatif (kik). In: Prosiding Kolokium 2008-2009, Universiti Teknologi MARA Pahang.
Abstract

Lawatan akademik pelajar ke lapangan telah menjadi satu keperluan bagi fakulti yang berasaskan sains dan teknologi. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar akan dapat dipertingkatkan melalui pendedahan langsung ini. Lawatan ini meliputi semua aspek penting di dalam cabang ilmu kejuruteraan awam. Bagi program Diploma Kejuruteraan Awam, UiTM terdapat 6 kod kursus yang meletakkan syarat lawatan ini di dalam silibus yang berkenaan. Menyedari keperluan ini, Kumpulan KIK Pinnacle, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang telah mengambil satu inisiatif penambahbaikan bagi memudahkan urusan permohonan, peruntukan kewangan dan aspek pengurusan yang perlu dilakukan sebelum lawatan dapat dijalankan. Elektronik-Lawatan Akademik (e-LA) telah dibangunkan dengan mengelektronikkan semua data konvensional yang perlu dilakukan di peringkat fakulti dan pentadbiran permohonan sebelum lawatan ini dibenarkan oleh pihak pengurusan kampus. Kajian awalan penggunaan sistem ini yang telah dijalankan di peringkat FKA UiTM Pahang membuktikan keberkesanan sistem dengan penjimatan masa proses permohonan sebanyak 71% berbanding permohonan secara konvensional. Manakala pencapaian pengurangan kos operasi setiap aktiviti juga sebanyak 71%. Penambahbaikan terhadap sistem e-LA ini sedang giat dilakukan sebelum boleh digunapakai di peringkat kampus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121500.PDF]
Text
121500.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics