Usahawan kopi penuhi citarasa ‘coffee hunter’

Wan Nawawi, Wan Nazriah (2022) Usahawan kopi penuhi citarasa ‘coffee hunter’. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.

Abstract

Perkembangan citarasa rakyat Malaysia terhadap minuman kopi menjadi satu fenomena dengan melihat kewujudan kedai kopi moden yang semakin meningkat. Dahulu kedai kopi sinonim dengan konsep kopitiam iaitu perniagaan kedai kopi yang dijalankan di kawasan kampung atau bandar dengan citarasa kopi tempatan. Kini, budaya kopi bukan lagi sekadar di kopitiam dan warung kopi. Kebanyakan kedai kopi moden yang wujud bercirikan mewah dan gaya funky telah menjadikan budaya kopi ini sebagai satu urban lifestyle di bandarbandar besar terutama di kalangan generasi muda hari ini. Tawaran menu minuman kopi tidak lagi terhad kepada kopi tempatan kerana kedai kopi moden ini turut memperkenalkan kopi jenis espresso, macchiato, mocha, latte, cappuccino dan sebagainya. Harganya pula bukanlah dalam kadar mampu minum dengan kerap kerana ia boleh mencecah RM 6.00 ke atas bagi secawan kopi tidak termasuk bahan add-on. Pengusaha kedai kopi moden kini dapat mempelbagaikan lagi tawaran minuman kopi selain mengekalkan kopi tempatan sebagai minuman identiti kedai mereka. Pilihan kopi yang pelbagai dihidangkan juga dengan pilihan menu yang bersesuaian dengan tema dan konsep dekorasi kedai kopi mereka.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Nawawi, Wan Nazriah
wanna035@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati
nikfa738@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu
Journal or Publication Title: Info Usahawan
ISSN: 1823-6421
Keywords: Usahawan kopi, Kedai kopi moden
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121462
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121462.pdf] Text
121462.pdf

Download (4MB)

ID Number

121462

Indexing

Statistic

Statistic details