Penghasilan estolide berasaskan asid risinoleik Ricinus communis

Ahmad Tajuddin, Nazrizawati (2009) Penghasilan estolide berasaskan asid risinoleik Ricinus communis. In: Prosiding Kolokium 2008 - 2009, Universiti Teknologi MARA Pahang.

Abstract

Biopelincir estolide dihasilkan melalui tindak balas asid risinoleik dari minyak jarak (Ricinus communis) dengan asid laurik dan 2-etilheksil alkohol. Tindak balas dijalankan di dalam keadaan vakum selama 24 jam. Sampel biji jarak telah dikumpul dan diekstrak dengan menggunakan kaedah Soxhlet. Proses hidrolisis dijalankan bagi mendapatkan asid lemak bebas. Analisis Kromatografi Gas (GC) menunjukkan kandungan asid risinoleik yang tinggi (82.835 %) selepas dihidrolisis. Beberapa analisis seperti penentuan lemak kasar, kelembapan, nilai iodin, nilai peroksida, nilai penyabunan dan penentuan bahan tak tersabun telah dijalankan bagi mengkaji sifat fiziokimia minyak jarak. Hasil estolida 2-etilheksil ester dicirikan dengan menggunakan analisis spektroskopi Inframerah (1M) bagi mengetahui kumpulan berfungsi yang hadir di dalam struktur estolida dan Resonans Magnetik Nukleus (RMN) untuk mengesahkan struktur estolida ester yang terhasil. Kehadiran kumpulan ester pada puncak serapan 1738 cm-1 menandakan berlakunya pembentukan estolida ester yang lengkap. Kehadiran kumpulan C-O pada jalur serapan 1175 cm-1 dan 1117 cm-1 menyokong kenyataan tersebut. Kehadiran CH2 bengkokan pada panjang gelombang 724 cm-1 menunjukkan sebatian berantai panjang. Spektrum RMN 1H dan 13C menunjukkan nilai simulasi dan eksperimen berpadanan dengan struktur molekul estolida. Rangkaian estolide ester bagi proton 1H berada pada anjakan 3.8669 ppm (a -ester) dan 4.5438 ppm (a-asid). Nilai anjakan karbon 13C menunjukkan terdapat dua puncak karbonil yang berbeza dalam rantai estolida iaitu karbonil ester (173.5697 ppm) dan karbonil asid (176. 7888 ppm).

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Tajuddin, Nazrizawati
nazriza@pahang.uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QC Physics > Optics. Light > Spectroscopy
Q Science > QD Chemistry > Extraction (Chemistry)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Kolokium 2008 - 2009
Event Title: Prosiding Kolokium 2008 - 2009
Page Range: pp. 81-90
Keywords: Ricinus communis, Estolide, Esktrak, Asid risinoleik, Ester, Pencirian
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121443
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121443.PDF] Text
121443.PDF

Download (2MB)

ID Number

121443

Indexing

Statistic

Statistic details