Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik (pah) dalam air, sedimen & tanah

Mohd Khazaai, Siti Norhafiza (2009) Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik (pah) dalam air, sedimen & tanah. In: Prosiding Kolokium 2008-2009, Universiti Teknologi MARA Pahang.

Abstract

Perkembangan satu kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik dalam matriks air, sedimen dan tanah di kawasan perindustrian telah berjaya dijalankan. Dalam kajian ini, dua kaedah pengekstrakan bagi matriks yang berbeza telah dipilih iaitu pengestrakan fasa pepejal untuk matriks air sementara pengekstrakan soxhlet untuk matriks sedimen dan tanah. Menerusi kajian sampel pakuan, didapati nilai peratus dapatan semula bagi matriks air adalah dalam julat 85.8 - 95.3% sementara bagi matriks sedimen dan tanah adalah dalam julat 86.2 - 103.1%. Peratusan ini menunjukkan kaedah ini adalah baik. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kromatografi gas dengan pengesan pengionan nyala (GC-FID) dengan nilai lengkungan kalibrasi adalah r1 = 0.9540 hingga 0.9981 bagi matriks air dan r1 = 0.9883 hingga 0.9972 bagi matriks tanah dan sedimen. Kajian telah dijalankan di kawasan perindustrian Senawang Negeri Sembilan yang mana tiga matriks sampel iaitu air, sedimen dan tanah dianalisis. Rasil analisis kajian tersebut memberikan bacaan purata seperti berikut; julat purata kepekatan sebatian PAR bagi matriks air ialah di antara 0.016 µg/L - 0.031 µg/L, matriks sedimen ialah di antara 26.64 ng/g47.76 ng/g sementara matriks tanah pula ialah di antara 27.48 ng/g - 36.20 ng/g. Walau bagaimanapun, tahap pencemar komposisi PAR secara individu dalam matrik air dan juga matrik sedimen serta tanah masih di tahap yang tidak membahayakan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Khazaai, Siti Norhafiza
ctnorhafIza@pahang.uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QD Chemistry > Organic chemistry
Q Science > QD Chemistry > Aromatic compounds
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Kolokium 2008 - 2009
Event Title: Prosiding Kolokium 2008-2009
Page Range: pp. 29-54
Keywords: Hidrokarbon aromatik polisiklik, Matriks air, Pengekstrakan, Sedimen, Tanah
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121415
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121415.PDF] Text
121415.PDF

Download (7MB)

ID Number

121415

Indexing

Statistic

Statistic details