Usahawan perlu contohi budaya pengurusan Restoran mamak

Shazeer, Ahmad and Sani, Azurin (2022) Usahawan perlu contohi budaya pengurusan Restoran mamak. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Restoran mamak merupakan salah sebuah restoran yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan. Makanan yang ditawarkan di restoran mamak rata-ratanya sedap, berkualiti, dan harga yang berpatutan. Maka tidak hairanlah, perniagaan yang dipelopori oleh golongan india muslim ini menjadi ‘tempat lepak’ sebilangan rakyat Malaysia untuk melepaskan lelah setelah penat bekerja seharian dan tempat menonton perlawanan sukan seperti bola sepak dan badminton. Restoran mamak juga telah menjadi medan pertemuan rakyat Malaysia untuk bersosial dan telah menjadi ikon lambang perpaduan rakyat Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121380.pdf]
Text
121380.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics