Manfaat servis pembayaran ‘beli dulu bayar kemudian’ kepada usahawan digital

Azer, Ilyani and Mohamad, Siti Aishah (2022) Manfaat servis pembayaran ‘beli dulu bayar kemudian’ kepada usahawan digital. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.

Abstract

Penularan virus COVID 19 telah mengakibatkan kelembapan ekonomi. Namun, ramai usahawan melihat ini sebagai satu peluang untuk meneroka alternatif penjualan yang baharu. Sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin canggih, corak perbelanjaan pengguna juga telah berubah. Antara perubahan ketara dalam tren pembelian rakyat Malaysia adalah pembelian secara atas talian. Kaedah pembelian ini telah menjadi satu norma baru kerana ia dapat memenuhi keperluan dan perubahan gaya hidup pengguna akibat pandemik. Selain itu, penerimaan barangan dapat dipercepatkan, sekaligus meningkatkan penggunaan digitalisasi dalam sektor peruncitan. Sistem jual beli di atas talian atau e-dagang menawarkan harga lebih kompetitif berbanding secara fizikal dan mampu menarik perhatian ramai pengguna. Teknik pemasaran dan jualan secara konvensional tidak lagi menjadi pilihan usahawan kerana mengikut arus perubahan gaya hidup pelanggan yang bertukar kepada platform edagang. Pendapatan lumayan boleh dipacu oleh usahawan dengan memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang yang ada di pasaran. Antara platform e-dagang yang terkenal dan mendapat perhatian yang tinggi dari pengguna ialah Lazada, Shopee, Mudah.my, Taobao, Carousell, eBay dan Amazon.com.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azer, Ilyani
iIyani_azer@uitm.edu.my
Mohamad, Siti Aishah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati
nikfa738@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu
Journal or Publication Title: Info Usahawan
ISSN: 1823-6421
Keywords: Pembelian secara atas talian, e-dagang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121379
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121379.pdf] Text
121379.pdf

Download (3MB)

ID Number

121379

Indexing

Statistic

Statistic details