Abstract
Konsep keusahawanan mampan telah menarik perhatian pelbagai pihak sejak sedekad yang lalu. Sejak 2015, kerajaan Malaysia telah berikrar untuk memberi komitmen yang serius dalam melibatkan diri mencapai Matlamat Pembangunan Mampan yang terdiri daripada 17 objektif alam sekitar, ekonomi dan sosial. Keusahawanan mampan melibatkan usahawan menjana keuntungan sambil memberi kesan positif dan mampan kepada alam sekitar dan masyarakat. Ia juga berkaitan dengan mewujudkan perusahaan yang menguntungkan dan mencapai objektif alam sekitar dan sosial tertentu serta mencapai apa yang disebut sebagai “triple bottom-line” di mana perniagaan sama ada kecil, sederhana atau besar mempunyai kewajipan kepada masyarakat dengan menyeimbangkan tiga aspek kemampanan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mahali, Mahathir mahathir241@uitm.edu.my Mohd Zaki, Suhanom UNSPECIFIED Laton, Mohd Zahid UNSPECIFIED Abdul, Shaiful Azlan UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Keusahawanan mampan, Matlamat Pembangunan Mampan |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121375 |
