Abstract
Perkembangan dan penggunaan teknologi di alaf 21 ini sudah tersebar luas ke seluruh dunia tanpa batas. Fungsi teknologi ini memperkasakan dunia samada untuk kehidupan harian, sektor pendidikan, perubatan, sukan, hiburan termasuk dunia seni visual. Penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) yang meniru gaya kecerdasan manusia berfikir serta cara menyelesaikan masalah mula diperkenalkan pada tahun 2016 menerusi Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) melonjakkan penggunaan bidang teknologi seterusnya merancakkan lanskap teknologi dunia moden ke arah yang lebih mampan. Menurut Shukri (2020), Revolusi Industri 4.0 merupakan revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri khususnya melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik. Revolusi Industri 4.0 ini turut memperkenalkan era penggunaan drone, Internet of Things (IoT), cloud computing dan robotik.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar, Roslaili UNSPECIFIED |
| Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Miscellaneous genres and media, not limited by time period, style, place, or subject matter > Computer art. Digital art T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | ARTe: Art and Integrated Media Part 1 |
| Event Title: | ARTe: Art and Integrated Media Part 1 |
| Event Dates: | March |
| Page Range: | pp. 41-45 |
| Keywords: | Asimilasi seni, Sains dan teknologi, Karya seni visual |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121349 |
