Abstract
Seorang usahawan sosial sanggup mengambil risiko dan bekerja keras untuk membuat perubahan dalam masyarakat bagi membantu komuniti setempat daripada segi ekonomi mahupun sosial. Usahawan sosial yang berjaya adalah agen perubahan dan mereka didorong untuk menjalankan perniagaan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi keinginan untuk membantu dan memperbaiki kehidupan komuniti setempat. Mereka juga sentiasa melihat sesuatu secara berbeza daripada kebanyakan usahawan lain. Misalnya, sesuatu masalah mungkin kelihatan sukar diatasi oleh orang lain tetapi usahawan sosial melihatnya sebagai peluang untuk berinovasi. Mereka mengambil masalah itu dan mencipta produk, perkhidmatan atau teknik baharu untuk mengatasinya. Keusahawanan sosial adalah gabungan kreativiti dan praktikal. Usahawan sosial yang berjaya mempunyai idea yang bernas, pengetahuan komersial untuk merealisasikannya dan sentiasa mengkaji permintaan pasaran, sumber kewangan dan kekangan serta peluang yang ada untuk membantu menambah pendapatan mereka yang seterusnya boleh disumbangkan kembali kepada masyarakat setempat yang memerlukan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Awang Kader, Mohd Aidil Riduan aidilriduan@uitm.edu.my Mustapha, Musramaini UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Usahawan sosial, Kreativiti, Praktikal |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121283 |
