Abstract
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kebiasaannya adalah lebih tinggi daripada KDNK Malaysia. Bagaimanapun, Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada pada tahun 2020, sumbangan KDNK PKS jatuh kepada 38.2 peratus dengan nilai ditambah RM512. 8 bilion, turun daripada 38.9 peratus (nilai ditambah: RM553. 5 bilion) tahun sebelumnya. Ia berikutan krisis kewangan global yang dialami dunia ditambah dengan pandemik covid-19 menyebabkan PKS juga merasai kegawatan ini. Akibatnya banyak perusahaan, termasuklah PKS ditutup kerana tidak mampu mengekalkan perniagaan mereka. Sudah menjadi lumrah perniagaan, untung dan rugi adalah adat perniagaan.Namun begitu, kerugian yang disebabkan oleh sesuatu perkara diluar jangka boleh menyebabkan perniagaan yang dijalankan selama bertahun-tahun boleh lebur sekelip mata kerana terdedah kepada risiko luar kawalan disebabkan perniagaan mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Ghani, Roseziahazni roseziah@uitm.edu.my Abu Samah, A’tiqah Rashidah UNSPECIFIED Ali, Noor Malinjasari UNSPECIFIED Mohamad, Zuraida UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Risiko perniagaan, Krisis kewangan global |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121207 |
