Natijah bila etika keusahawanan diabaikan

Harun, Norlaili (2022) Natijah bila etika keusahawanan diabaikan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Islam sangat menggalakkan umatnya menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan perniagaan sebagai salah satu punca pendapatan. Bidang keusahawanan merupakan aktiviti yang penting sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke umat Nabi Muhammad SAW. Menurut Abd Mun, Abdullah, Che Omar, Aziz & Ibrahim (2018), usahawan Islam yang cemerlang adalah usahawan yang berjaya memperolehi keuntungan hasil daripada perniagaannya itu. Kejayaan usahawan Islam juga bergantung kepada faktor luaran dan dalaman. Antara faktor luaran yang dimaksudkan adalah seperti bantuan modal, ilmu pengetahuan dan sokongan komuniti. Manakala faktor dalaman pula termasuklah amalan dan nilai-nilai agama, sikap serta minat usahawan itu sendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121161.pdf]
Text
121161.pdf
Download (647kB)
Indexing & Metrics