Pengukuran disleksia Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah

Mohamad Yusop, Amiyamin (2017) Pengukuran disleksia Al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kesedaran dan minat terhadap masalah membaca adalah konsisten sehingga menghasilkan banyak kajian dan inovasi dalam pendidikan. Begitulah juga halnya dengan kajian berkenaan masalah membaca al- Quran di Malaysia. Kajian-kajian lalu berkenaan masalah membaca al-Quran membuktikan bahawa golongan yang lemah dalam pembacaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor latar belakang keluarga, tahap ekonomi, faktor pendidikan ibu bapa, bahan bantu mengajar, minat dan lainlain. Kajian-kajian lalu juga menunjukkan bahawa faktor disleksia tidak dibincangkan sebagai punca murid lemah dalam menguasai Kemahiran membaca al-Quran di Malaysia. Kajian berkenaan masalah disleksia harus dilaksanakan kerana disleksia merupakan antara punca mengapa murid gagal dalam menguasai Kemahiran membaca sedangkan mereka telah mengalami proses pembelajaran yang secukupnya sama seperti rakan sebaya mereka yang lain (Lee, 2004). Oleh itu, adalah menjadi keutamaan untuk membina alat ukur bagi mengenal pasti disleksia dalam membaca al- Quran. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini ialah membina instrumen yang standard bagi mengenal pasti disleksia dalam membaca al-Quran. Kajian ini menggunakan teori pembinaan instrumen ujian oleh Miller, Lovler dan McIntire (2013) sebagai garis panduan. Hasilnya, Tujuh ujian telah dipilih sebagai alat ukur bagi mengenal pasti disleksia jenis fonologi. Ujian–ujian yang telah dipilih ialah Ujian Kecerdasan Non-Verbal, Ujian Membaca, Ujian Membaca Bukan Perkataan, Ujian Buang Fonem, Ujian Kenal Pasti Rima, Ujian Sebut Nombor dan Ujian Menamakan pantas. Jumlah sampel yang digunakan ialah 510 orang murid yang berumur 7 dan 8 tahun daripada tiga belas buah Sekolah Rendah Agama JAIS dalam sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Murid-murid ini terdiri daripada 263 (51%) orang murid lelaki dan 247 (49%) orang murid perempuan. Kesahan kandungan ujian telah dilakukan oleh panel pakar melalui semakan dan perbincangan. Kesahan konstruk ujian diperoleh daripada nilai korelasi antara item-item ujian dengan skor ujian dan dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (EFA). Kesahan kriteria pula diperoleh daripada nilai korelasi antara ujian-ujian yang mengukur konstruk yang sama. Dapatan kajian menunjukkan pekali kebolehpercayaan ujian-ujian adalah pada nilai 0.80 dan ke atas. Keputusan ujian membuktikan bahawa semua ujian yang dijalankan berupaya mengukur tahap kemahiran murid bagi mengenal pasti disleksia al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa 49 (9.6%) murid menunjukkan kriteria disleksia jenis fonologi. Perbincangan kajian dan cadangan kajian akan datang juga turut dimuatkan dalam kajian ini.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Yusop, Amiyamin
2012283032
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mamat, Mohd Nor
UNSPECIFIED
Advisor
Suyurno, S. Salahudin
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Dyslexia, Reading the Quran, Phonology
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121151
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121151.pdf] Text
121151.pdf

Download (207kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

121151

Indexing

Statistic

Statistic details