Perkhidmatan rekreasi & ekopelancongan di Melaka: Bens Maju Services dan Taman Eko Bukit Batu Lebah

Sukur, Noordiana and Mohd Wasilan, Nadia Hanim (2022) Perkhidmatan rekreasi & ekopelancongan di Melaka: Bens Maju Services dan Taman Eko Bukit Batu Lebah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.

Abstract

Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah, yang mungkin kedengaran sedikit asing bagi mereka yang berada luar dari negeri Melaka kini ternyata mula mendapat perhatian terutama kepada mereka mereka yang meminati aktiviti luar dan mencari destinasi berasaskan ekopelancongan di Negeri Melaka. Taman yang berkeluasan hampir 1612 hektar ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti dewan terbuka, surau, pentas, tapak perkhemahan, dangau, chalet dan tandas awam yang memudahkan para pengunjung untuk melakukan aktiviti dan riadah yang berorentasikan kehijauan alam semulajadi. Disebalik kedamaian hutan, taman ini sebenarnya meriah dengan pelbagai aktiviti fizikal seperti jungle trekking, mendaki gunung, eksplorasi gua, eksplorasi herba, interpretasi alam, kenali habitat, non-turnal walk, dan paling menarik adalah stargazing. Terletak 16 km dari pekan Jasin, Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Senggeh yang dikategorikan sebagai Hutan Dipterokarpa Pamah. Ia dikatakan mendapat nama daripada penceritaan masyarakat terdahulu yang mengaitkan ia dengan banyaknya sarang lebah di atas batu pemandangan di dalam taman ini. Manakala nama Bukit Senggeh itu sendiri dikaitkan dengan pokok kedondong senggeh yang tumbuh di kawasan tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sukur, Noordiana
dianasukur@uitm.edu.my
Mohd Wasilan, Nadia Hanim
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati
nikfa738@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu
Journal or Publication Title: Info Usahawan
ISSN: 1823-6421
Keywords: Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah, Hutan Dipterokarpa Pamah
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121133
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121133.pdf] Text
121133.pdf

Download (1MB)

ID Number

121133

Indexing

Statistic

Statistic details