Gamat emas di Pulau Pangkor

Wahidin, Ima Shanaz and Ibrahim, Khiriah (2022) Gamat emas di Pulau Pangkor. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Masih ramai yang tidak tahu bahawa, selain di Langkawi, di Pulau Pangkor juga terdapat gamat yang boleh dihasilkan menjadi produk ubat-ubatan gamat seperti air gamat, minyak gamat dan ibu gamat kering. Malah di Pulau Pangkor, gamat yang diperolehi adalah gamat emas yang sangat unik dan berbeza dengan gamat yang diperolehi di Langkawi. Gamat emas atau Stichipus Horren merupakan sebahagian dari keluarga timun laut yang mempunyai jalur berwarna emas di bawahnya berbanding dengan gamat yang lain. Gamat emas mengandungi kesan analgesic, iaitu penahan sakit menerusi pati daripada protein yang terkandung di bawahnya. Ia juga mengandungi antidiabetic yang mampu menurunkan glukos atau gula di dalam darah. Pemprosesan gamat emas dimulakan dengan pengumpulan gamat di laut, diikuti dengan proses pembersihan gamat dari kotoran dan teritip, kemudian, gamat dimasak hingga menjadi minyak dan seterusnya dibungkus untuk dijadikan produk gamat yang boleh dikomersilkan kepada pelanggan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121103.pdf]
Text
121103.pdf
Download (738kB)
Indexing & Metrics