Abstract
Md Yahya bin Haji Hashim telah berkecimpung dalam ilmu persilatan sejak 35 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, pelbagai kejayaan telah diperoleh termasuk juara World Championship Silat Martial Art kategori Seni Solo di Indonesia pada tahun 1992. Beliau turut memperoleh kejuaraan pada pertandingan Seni Solo di Sukan SEA Singapura pada 1993 dan menjadi naib johan untuk Sukan SEA di Brunei. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Silat Terbuka Belanda dan telah menjuarai dalam kategori Seni Solo pada tahun 1994. Beliau bersara dari peringkat antarabangsa pada tahun 1995 dengan alasan memberi peluang kepada muka baru untuk mewakili Malaysia. Walaupun sudah bersara dari peringkat antarabangsa, pembabitan Pak Ya dalam dunia persilatan tidak terhenti di situ apabila beliau diberi kepercayaan menjadi jurulatih silat kebangsaan negeri Johor dan melatih dalam kategori Seni Solo selama dua tahun (1995-1997). Anak didiknya juga telah berjaya memenangi pertandingan silat peringkat kebangsaan, sekaligus layak mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selepas dua tahun menjadi jurulatih kebangsaan, beliau mengundur diri dan memilih untuk menjadi juri peringkat antarabangsa. Beliau telah menghadiri kursus juri di Indonesia pada tahun 1997 selama sebulan. Beliau pernah menjadi juri untuk tiga pertandingan antarabangsa dan enam pertandingan kebangsaan. Beliau sering mendapat undangan untuk membuat pertunjukan silat. Yang terbaru, beliau bersama anak muridnya diberi penghormatan membuat persembahan di Kejohanan Silat Olahraga Empat Penjuru Piala Pendekar Selatan 2009 di Dewan Jubli Intan, Pontian.
Metadata
| Item Type: | Oral History | 
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Raszemi, Mohd Faiz UNSPECIFIED Mohd Noor, Ahmad Muhammad UNSPECIFIED | 
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil @ Kamaruldzaman, Azura UNSPECIFIED | 
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat > Malaysia | 
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management | 
| Keywords: | Pencak Silat, World Championship, Kejohanan Dunia, Martial arts, Sports, Athlete, Winner, Juara, Indonesia, Jakarta 1992, Oral history, Sources, Biography, Malaysia | 
| Date: | 2013 | 
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121072 | 
 
				
![[thumbnail of 121072.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
 
		