Kelestarian kendiri pengurusan rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf

Mohamed Isa, Zuraidah and Abd Rahman, Nurul Hayani and Anuar, Azyyati and Ali, Norhidayah and Abu Bakar, Suhaida and Ibrahim, Dahlia Kelestarian kendiri pengurusan rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf. Voice of Academia (VOA), 21 (2). pp. 307-315. ISSN 2682-7840

Official URL: https://voa.uitm.edu.my/v1/

Abstract

Pengurusan rekod kewangan merupakan aspek penting untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan. Namun, usahawan asnaf sering kali berhadapan dengan cabaran kewangan yang mampu menjejaskan keberlangsungan perniagaan mereka. Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sesebuah perniagaan mungkin tidak dapat bertahan lama dalam jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kelestarian kendiri rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini bertujuan memahami tahap kesedaran, amalan, dan impak pengurusan rekod kewangan yang cekap dalam kalangan usahawan asnaf. Melalui pendekatan kualitatif, data diperoleh menerusi kaedah kepustakaan yang melibatkan pencarian sumber daripada buku, artikel jurnal, keratan akhbar, kajian kes, serta laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan, pengurusan rekod kewangan yang efektif memainkan peranan penting untuk meningkatkan prestasi perniagaan, akses kepada sumber kewangan dan kestabilan serta kelestarian ekonomi usahawan asnaf. Kajian ini mengemukakan cadangan kepada pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan program latihan serta sokongan yang lebih komprehensif. Dengan demikian, program tertentu terutamanya dari segi pengurusan rekod kewangan asas dan lanjutan yang relevan dengan keperluan usahawan dan perniagaan mereka dapat disediakan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan perniagaan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Isa, Zuraidah
zuraidah588@uitm.edu.my
Abd Rahman, Nurul Hayani
nurulhayani@uitm.edu.my
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Ali, Norhidayah
norhidayah@uitm.edu.my
Abu Bakar, Suhaida
suhaida596@uitm.edu.my
Ibrahim, Dahlia
dahlia400@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Said, Roshima
roshima712@uitm.edu.my
Chief Editor
Ismail, Junaida
junaidaismail@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance
H Social Sciences > HG Finance > Financial leverage
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: Voice of Academia (VOA)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Voice of Academia (VOA)
ISSN: 2682-7840
Volume: 21
Number: 2
Page Range: pp. 307-315
Keywords: Kelestarian, Kendiri, Rekod kewangan, Usahawan, Asnaf
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/121006
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 121006.pdf] Text
121006.pdf

Download (3MB)

ID Number

121006

Indexing

Statistic

Statistic details