Transformasi perniagaan barang kemas era pandemik Covid-19: patuh syariah?

Mohd Zaki, Suhanom and Hussin, Adibah (2022) Transformasi perniagaan barang kemas era pandemik Covid-19: patuh syariah? Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Barang perhiasan khususnya yang diperbuat daripada emas amat sinonim dengan wanita. Ia seringkali disebut sebagai barang kemas dan sangat digemari kerana ia menyerlahkan kecantikan dan gaya, malah dikaitkan dengan imej, status dan prestij si pemakainya. Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan penjualan barang kemas menjadi perlahan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak. PKP telah menyebabkan syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli barang kemas tidak dapat beroperasi seperti biasa di mana pada tempoh yang tertentu, hanya perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk dibuka. Tambahan lagi, di sesetengah lokaliti, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dan ini menyebabkan masyarakat di lokaliti tersebut tidak dapat keluar membeli barangan. Keadaan ini menyebabkan banyak perniagaan beralih operasi kepada dalam talian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120997.pdf]
Text
120997.pdf
Download (730kB)
Indexing & Metrics