Abstract
Barang perhiasan khususnya yang diperbuat daripada emas amat sinonim dengan wanita. Ia seringkali disebut sebagai barang kemas dan sangat digemari kerana ia menyerlahkan kecantikan dan gaya, malah dikaitkan dengan imej, status dan prestij si pemakainya. Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan penjualan barang kemas menjadi perlahan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak. PKP telah menyebabkan syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli barang kemas tidak dapat beroperasi seperti biasa di mana pada tempoh yang tertentu, hanya perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk dibuka. Tambahan lagi, di sesetengah lokaliti, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan dan ini menyebabkan masyarakat di lokaliti tersebut tidak dapat keluar membeli barangan. Keadaan ini menyebabkan banyak perniagaan beralih operasi kepada dalam talian.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zaki, Suhanom suhanom@uitm.edu.my Hussin, Adibah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati nikfa738@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Barang perhiasan, Emas, Pandemik Covid-19 |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120997 |
