Abstract
Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi tekanan dan risiko pada ekonomi individu, syarikat dan negara. Ramai yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan dalam tempoh wabak koronavirus ini melanda sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang semakin besar khususnya di kalangan usahawan kecil dan sederhana. Kadar pengangguran juga dijangkakan akan meningkat sekiranya keadaan ekonomi Malaysia dan dunia tidak pulih dalam jangka masa terdekat. Bagi mengecilkan jurang ekonomi, rakyat mencari peluang alternatif untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan dan berterusan. Dengan perkembangan teknologi digital, peluang pekerjaan alternatif secara dalam talian menjadi lebih banyak dan mencetuskan peningkatan aktiviti ekonomi gig. Pada tahun 2020, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan geran sebanyak RM75 juta bagi merancakkan ekonomi gig dan membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian [1],
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mansor, Nur Aliah UNSPECIFIED Abdul Razak, Arbaiah UNSPECIFIED Abdul Razak, Rizalniyani UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) |
| Date: | 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120635 |
