Abstract
Salam ceria. Penulis mohon untuk menyampaikan elemen pembentukan kontrak seterusnya iaitu ketentuan, keizinan/ kerelaan bebas dan juga keesahan undang undang. Tiga elemen yang terakhir ini akan menyempumakan pembentukan kontrak yang pada mulanya hanya dianggap sebagai perjanjian sahaja di sisi undang-undang dan tidak boleh mengikat pihak-pihak yang berjanji. Kesemua lima elemen sebelum ini telah pun dijelaskan dalam edisi-edisi yang terdahulu, Alhamdulillah. Ingat ye, jika kesemua lapan elemen ini tidak wujud dalam perjanjian yang dibuat antara pihak pihak berkenaan, maka tiada kontrak yang sah yang termaktub antara mereka. Jika tiada kontrak, tiada sebarang tuntutan mahkamah yang boleh dibawa sekiranya terdapat pertelingkahan yang timbul dalam perlaksanaan kontrak itu.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Mustafa, Mimi Sofiah mimi@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
| Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
| ISSN: | 1823-6421 |
| Keywords: | Ketentuan, Keizinan, Kerelaan bebas |
| Date: | 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120604 |
