Abstract
Wawancara ini dijalankan di pejabat beliau di 24th Floor Menara Safuan, No.80, Jalan Ampang, 53200 Kuala Lumpur, pada 30 Mei 2012 dari jam 2:30 petang sehingga jam 4:40 petang. Wawancara ini dijalankan selama 2 jam 10 minit yang telah memberi maklumat tentang jawatan, penglibatan, pengalaman, dan sumbangan beliau dalam bidang perniagaan ini. Beliau memiliki syarikat yang diwarisi oleh ayahnya sejak 1979 secara rasmi, iaitu Safuan Group Bhd. Beliau memiliki banyak anak syarikat yang ditubuhkan di bawah naungan Safuan Group Bhd, seperti Safuan Hardware, Safuan Quarry, Safuan Brick Making, dan sebagainya. Safuan Group Bhd menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan seperti pembinaan, pembangunan, dan juga bidang perhotelan, yang merupakan kesinambungan daripada bidang pembinaan yang dijalankan oleh syarikat beliau. Antara anugerah sepanjang penglibatan beliau dalam bidang perniagaan adalah Dato' Sri Diraja Kelantan, Dato' Setia Negeri Sembilan, Ahli Mangku Negara, dan Pingat Pekerti Negara. Dalam usia 65 tahun, beliau sangat aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Tamrinan, Ummi Kalthum 20101313491 Wan Yaacob, Wan Siti Hajar 20107209791 |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business > Malaysia H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Corporations > Malaysia H Social Sciences > HF Commerce > Success in business. Performance |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Business, Entrepreneurship, Corporations, Safuan Group Berhad, Success in business, Oral history, Sources, Biography, Malaysia |
| Date: | 2012 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120487 |
