Abstract
Setelah hampir tiga bulan terpaksa menutup premis perniagaan kini semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi kembali namun dengan norma dan peraturan yang baru. Apatahlagi masih tiada vaksin atau ubat yang terbukti berkesan dihasilkan dalam masa terdekat dan kita tiada pilihan terpaksa meneruskan hidup dengan norma baru bersama COVID-19 [1]. Ini akan menyebabkan sebilangan para pembeli yang dulu lebih selesa membeli terus dari premis perniagaan beralih arah kepada pembelian di atas talian. Peralihan trend ini merupakan satu peluang keemasan jika diambil oleh para peniaga dan usahawan. Walaupun pembelian atas talian ini telah lama dipromosikan tetapi majoriti penggunanya hanya terdiri daripada dikalangan generasi muda yang telah terbiasa dengan teknologi masa kini. Sedangkan bagi generasi Y yang terkemudian sudah merasa selesa dengan aktiviti pembelian barangan secara tradisi. Antara penyebab utama adalah kerana kurangnya keyakinan generasi ini tentang keselamatan melakukan tranksaksi secara talian [2]. Namun kemunculan COVID-19 secara tidak langsung telah melonjakkkan pembelian atas talian.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Kar, Siti Aishah sitia2500@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
ISSN: | 1823-6421 |
Keywords: | Covid-19, Sektor ekonomi, Usahawan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120463 |