Abstract
Mak Yong adalah satu genre seni Melayu yang penting. Aktiviti persembahannya pada awalnya menjadi seni di istana raja-raja Melayu, terutama pada zaman kegemilangannya, sebelum tersebar secara meluas di Kelantan, Terengganu, Kedah, dan juga Pahang. Kini, ia turut diangkat ke beberapa pusat pengajian tinggi di Malaysia. Mak Yong adalah teater tradisional Melayu yang penuh dengan ciri-ciri simbolik. Ciri-ciri persembahannya—seperti ritual, cerita, tarian, nyanyian, muzik, dan lakonan—kaya dengan unsur-unsur penambahbaikan (improvisasi), termasuk prop dan latar belakang yang mempunyai tujuan tertentu. Mak Yong juga merupakan seni teater yang mempunyai keunikan tersendiri. Pada tahun 2005, UNESCO mengiktiraf Mak Yong sebagai seni warisan negara Malaysia yang pertama dengan status "Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia" (Intangible Cultural Heritage of Humanity). Oleh itu, dokumentasi sejarah lisan ini merupakan pengamatan secara langsung terhadap Mak Yong yang mengetengahkan Pn. Fatimah Abdullah sebagai tokoh Mak Yong yang terkenal dan perjuangan beliau sebagai peneraju Mak Yong Negara.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mustafa, Nur Fatin UNSPECIFIED Ishar, Nadhrah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore M Music and Books on Music > M Music |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Mak Yong, Seni warisan bangsa, Transkrip temubual, Sejarah lisan, Oral history, Tokoh seni, Seni persembahan tradisional, Malaysia, Melestarikan budaya |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120299 |
