Transkrip Wawancara bersama Encik Muhammad Dain Bin Othman mengenai pengalaman dan perjuangan beliau dalam mengekalkan dan memartabatkan ciri-ciri dominan WKMAK (Wayang Kulit Melayu Asli Kelantan)

Samsudin, Norhafiza and Azman, Anis Nabeela (2014) Transkrip Wawancara bersama Encik Muhammad Dain Bin Othman mengenai pengalaman dan perjuangan beliau dalam mengekalkan dan memartabatkan ciri-ciri dominan WKMAK (Wayang Kulit Melayu Asli Kelantan). [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Muhammad Dain bin Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Dain, mengenai pengalaman dan perjuangan beliau dalam mengekalkan dan memartabatkan ciri-ciri dominan Wayang Kulit Melayu Asli Kelantan (WKMAK) dari aspek persembahan dan pendalangan. Transkrip temu bual ini telah dijalankan di pejabat beliau, Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan di Kampung Morak, Palekbang, Kelantan, pada 16 Disember 2013, bermula sekitar jam 12 tengah hari. Beliau merupakan seorang yang sangat berjiwa seni dan telah banyak menyumbang dalam memartabatkan seni tradisional wayang kulit di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan galeri yang diberi nama Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (WKMTK) dan pasukan pelapis WKMTK, di mana pembiayaan pembinaannya ditanggung sendiri oleh beliau tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau, penglibatan beliau di dalam bidang seni dan kebudayaan, khususnya wayang kulit. Temu bual ini menumpukan tentang pengalaman dan perjuangan beliau dalam mengekalkan dan memartabatkan ciri-ciri dominan WKMAK yang beliau lalui sepanjang bergelar anak seni. Selain itu, beberapa pendapat beliau mengenai seni tradisional wayang kulit yang mungkin kian pudar dan malap dek kemajuan pada zaman sekarang turut dikongsi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 120298.pdf]
Text
120298.pdf
Download (371kB)
Indexing & Metrics