Abstract
Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Muhammad Dain bin Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Dain, mengenai pengalaman dan perjuangan beliau dalam mengekalkan dan memartabatkan ciri-ciri dominan Wayang Kulit Melayu Asli Kelantan (WKMAK) dari aspek persembahan dan pendalangan. Transkrip temu bual ini telah dijalankan di pejabat beliau, Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan di Kampung Morak, Palekbang, Kelantan, pada 16 Disember 2013, bermula sekitar jam 12 tengah hari. Beliau merupakan seorang yang sangat berjiwa seni dan telah banyak menyumbang dalam memartabatkan seni tradisional wayang kulit di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan galeri yang diberi nama Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (WKMTK) dan pasukan pelapis WKMTK, di mana pembiayaan pembinaannya ditanggung sendiri oleh beliau tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau, penglibatan beliau di dalam bidang seni dan kebudayaan, khususnya wayang kulit. Temu bual ini menumpukan tentang pengalaman dan perjuangan beliau dalam mengekalkan dan memartabatkan ciri-ciri dominan WKMAK yang beliau lalui sepanjang bergelar anak seni. Selain itu, beberapa pendapat beliau mengenai seni tradisional wayang kulit yang mungkin kian pudar dan malap dek kemajuan pada zaman sekarang turut dikongsi.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Samsudin, Norhafiza 2012238244 Azman, Anis Nabeela 2012634504 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater > Malaysia P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Pak Dain, Wayang kulit, WKMAK (Wayang Kulit Melayu Asli Kelantan), Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (WKMTK), Galeri WKMTK, Seni Tradisional Wayang Kulit, Pendalangan, Budaya, Malay literature, Folklore, Oral history, Sources, Biography, Cultural preservation, Malaysia, Kelantan, Performance arts. |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120298 |
