Abstract
Keamanan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan perajurit-perajurit semasa mempertahankan Negara dari ancaman pengganas komunis. Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk melancarkan pemberontakan. Pemberontakan yang dilakukan amat merunsingkan pihak kerajaan. Komunis telah melakukan kekejaman terhadap penduduk yang tidak bersalah. Rakyat berasa amat takut dan terancam disebabkan tindakan pihak komunis ini. Namun, percubaan komunis untuk menguasai Malaya pada masa itu telah digagalkan oleh pihak berkuasa. Pasukan polis dan tentera memainkan peranan utama untuk memerangi komunis di seluruh pelusuk tanah air, sama ada di belantara, di desa, dan di bandar-bandar. Dengan tindakan ketenteraan yang berkesan, pasukan keselamatan telah berjaya membunuh gerila-gerila komunis di hutan dan ramai juga yang tertangkap atau menyerah diri akibat tidak tertahan oleh tekanan pasukan keselamatan. Peristiwa pertempuran tokoh yang dipilih dengan pengganas komunis di Bentong, Pahang, telah menunjukkan semangat yang ada pada pasukan tentera dalam menjaga tanah air yang tercinta daripada ancaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nurazlin 2011270642 Samsi, Nuraniszaieka 2011209998 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history U Military Science > U Military Science (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Komunis, PKM (Parti Komunis Malaya), Malaya, Perisikan, Tunku Abdul Rahman, History, Malaysia, Military science, Conflict, Oral history, Sources, Communism, Pahang, Ops Belom |
| Date: | 2013 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120285 |
