Abstract
Kajian ini membincangkan tentang konsep penyewaan tanah wakaf dari perspektif hukum syarak, amalan serta pelaksanaannya di Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK). Antara objektif kajian ini adalah memahami konsep penyewaan harta wakaf dalam Islam. Selain itu untuk mengetahui sejauhmanakah nilai sewaan harta wakaf di bawah kelolaan MAIK dapat kepada memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi masyarakat Islam di negeri Kelantan. Kajian ini juga cuba untuk menganalisis masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan penyewaan tanah wakaf serta cadangan penyelesaian juga dikemukakan sebagai penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi wakaf sebagai penggerak ekonomi ummah amnya dan khususnya masyarakat Islam di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan metod perpustakaan dan lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan dengan membuat rujukan kepada kitab-kitab fiqh yang muktabar. undang-undang bertulis melalui akta dan enakmen yang berkaitan. Sebagai nadi dalam kajian lapangan, metod temubual dan lawatan dilakukan dengan pegawai di MAIK bagi mendapatkan data dan maklumat. Data yang diperoleh dianalisa berdasarkan metod induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa isu penyewaan dan sumbangan ekonomi harta wakaf tidak banyak dibincangkan oleh para sarjana tempatan di Malaysia. Namun. hasil daripada kajian mendapati terdapat pelbagai isu dan permasalahan yang berbangkit dari aspek penyewaan sama ada dari segi konsep penyewaan tanah wakaf. kadar nilaian sewaan semasa. undang-undang pelanggaran perjanjian sewaan, dan lain-lain. Nilaian harga sewa harta wakaf masih banyak yang belum disemak semula dan berada pada tahap yang lama. Secara keseluruhannya pengurusan dan pentadbiran sewaan harta wakaf di MAIK masih belum memuaskan. Penggunaan manfaat wakaf masih lagi berkonsepkan kebajikan sepenuhnya dan tidak dilihat sebagai sumber ekonomi yang dapat menjana pendapatan yang tinggi kepada MAIK. Antara kelemahan utama yang dikenalpasti di dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf di MAIK ialah tiadanya unit khusus yang dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang ini. Maka MAIK perlu membuat penyusunan semula organisasi bahagian Baitulmal dengan menubuhkan unit wakaf yang berasingan daripada unit pembangunan yang sedia ada. Pemantauan dan semasa ke semasa dapat dilakukan terhadap tanah wakaf dan premis pemiagaan wakaf dan semua aspek termasuk tempoh sewaan. nilai sewaan dan kelayakan penyewa serta menambahkan bilangan aset wakaf yang disewa bagi meningkatkan pendapatan hasil sewa wakaf kepada MAIK. Beberapa cadangan dan yang dikemukakan ini dapat membantu memantap dan meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan institusi wakaf khususnya di Majlis Agama Islam Kelantan.
Metadata
| Item Type: | Research Reports |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Rani, Mohd Afandi UNSPECIFIED Ismail, Zuina UNSPECIFIED Mohd Sirajuddin, Mohd Dasuqkhi UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia > Kelantan (Malaysia) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > Research Management Center (RMC) |
| Keywords: | Tanah wakaf, Hukum syarak, Sewa |
| Date: | 2012 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120168 |
Download
120168.PDF
Download (2MB)
Digital Copy
Physical Copy
- Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Al-Bukhari | Kampus Jengka, Pahang
On Shelf
ID Number
120168
Indexing
