Abstract
Haji Johan bin Yunos merupakan bekas Konstabel Khas (SC) yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu bagi membantu pihak tentera British membanteras kemaraan pihak komunis yang semakin mengasak Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau telah menerima latihan ketenteraan di Batalion Kedua Askar Melayu di Taiping bagi mempelajari cara-cara peperangan hutan selama tiga bulan. Selepas tiga bulan menjalani latihan, beliau telah lulus lantas ditugaskan untuk menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Depo SC di Kulai, Johor, bagi melatih pelapis baru Konstabel Khas. Setelah setahun di Kulai, beliau akhirnya telah diarah untuk melaporkan diri di Depo SC Tanjung Kling selama tujuh tahun. Haji Johan bin Yunos juga telah banyak menyertai misi-misi membanteras pihak komunis, antaranya adalah misi membanteras serangan gerila di Bekok dan juga misi pembersihan serangan gerila komunis di Bukit Locing, Perak. Beliau telah dikurniakan sijil penghargaan oleh Dato' Seri Aseh bin Haji Che Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, di atas jasa dan khidmat bakti beliau semasa mempertahankan kedaulatan negara dan keamanan negara semasa Darurat pada tahun 1948 hingga 1960 (tahun sebenar tamat Darurat I).
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Nasir, Nurazmahanim UNSPECIFIED Johari, Nurul Husna UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil @ Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements U Military Science > U Military Science (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Hajj Johari bin Yunos, Gerila Komunis, Konstabel Khas, Depo SC, Batalion yang kedua Askar Melayu |
| Date: | 2013 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120137 |
