Abstract
Program “2K22 Virtual Run 10 KM Challenge UiTM Kampus Mukah 2022” merupakan satu program larian anjuran mahasiswi Kokurikulum Bola Jaring II (HSK226) UiTM Kampus Mukah Cawangan Sarawak yang telah berlangsung selama 5 hari iaitu bermula 5 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2022. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Kampus UiTM Mukah dan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Penggunaan aplikasi Running App-Run Tracker dan juga Trekmil telah digunakan sebagai bukti rekod larian para peserta sepanjang tempoh larian. Bagi kategori Perempuan, Johan telah disandang oleh Magdeline Sween Anak Donny dengan catatan masa 95.67 minit dan Naib Johan pula jatuh kepada Asina Binti Sali. Manakala bagi kategori lelaki pula, Muhammad Farhad Bin Muhammad Said telah menjadi Johan dengan rekod masa 59.11 minit diikuti oleh Muhammad Alvin sebagai Naib Johan. Johan bagi setiap kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100 dan bagi Naib Johan pula, hadiah wang tunai adalah sebanyak RM70 beserta sijil.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ajol, Tracy Adeline UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Program 2K22, Virtual run, 10KM challenge, UiTM Kampus Mukah |
| Date: | May 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/120077 |
