Abstract
UiTM Cawangan Sarawak di bawah Unit Jaringan Komuniti dengan kerjasama Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan telah mengadakan bengkel latihan penyelenggaraan dan baik pulih komputer bertempat di Dewan Suarah, Kota Samarahan pada 8 dan 9 Oktober 2022. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan kemahiran asas pengurusan perkakasan dan membaik pulih komputer serta memupuk minat mereka untuk menceburi bidang perniagaan yang berunsurkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini adalah selaras dengan agenda kelestarian dan mendokong aspirasi keluarga Malaysia yang memastikan tiada golongan yang ketinggalan untuk mendapatkan peluang menambah ilmu dan mengasah bakat. Usaha ini amat penting dalam merealisasikan matlamat kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai masyarakat khususnya yang menjurus kepada golongan celik ICT.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Sharin UNSPECIFIED Bujang, Azlina UNSPECIFIED Salji, Mohd Rafiz UNSPECIFIED Lee, Yee Ann UNSPECIFIED Bibi, Zainon UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Journal or Publication Title: | Info Campus 83rd issues, UiTM Sarawak Bulletin |
ISSN: | 2232-1578 |
Keywords: | kelestarian, ICT, komuniti, digital, B40, penyelenggaraan, komputer |
Date: | 16 May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119934 |