Abstract
Pada 9 Jun 2023, seramai 22 orang pelajar Diploma Pengeluaran Herba bersama pensyarah pengiring, Cik Nurul Syahirah Mansur telah melawat Kg. Penakub Hilir, Mukah bagi mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan perubatan tradisional yang dimiliki oleh penduduk kampung. Rombongan ini telah disambut dengan baik oleh Ketua Kg. Penakub Hilir, Hj. Redzuan Hj. Yunus dan setiausaha kampung, Pn. Raudah Jamali. Semasa lawatan ini, pelajar menemu bual penduduk kampung serta mengutip sedikit sampel tumbuhan untuk kajian anatomi serbuk dan dokumentasi. Menerusi lawatan ini, pelajar dapat mengetahui bilangan dan jenis tumbuhan herba yang ditanam oleh penduduk kampung selain mempelajari kegunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional. Pelbagai tumbuhan herba yang terdapat di kampung ini seperti pokok bidara, mengkudu, kunyit hitam, pokok kari, pokok tin dan bunga telang.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mansur, Nurul Syahirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
| ISSN: | 2976-257X |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Lawatan akademik, Kg. Penakub Hilir, Diploma Pengeluaran Herba, Perubatan tradisional |
| Date: | 16 November 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119923 |
