Transkrip wawancara bersama Pegawai Waran II Abd Ghani bin Wook mengenai penglibatan beliau dalam mencari saki baki komunis di Pekan Air Panas, Kelantan dan Sungai Chalek, Pahang pada tahun 1977 sehingga 1979

Kamarudzaman, Haikal and Maiyudin, Mohd Faiz (2013) Transkrip wawancara bersama Pegawai Waran II Abd Ghani bin Wook mengenai penglibatan beliau dalam mencari saki baki komunis di Pekan Air Panas, Kelantan dan Sungai Chalek, Pahang pada tahun 1977 sehingga 1979. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip wawancara ini berkisar tentang seorang tokoh yang merupakan permata negara. Beliau bertarung nyawa mempertahankan negara. Beliau merupakan salah seorang bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), iaitu salah satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. Nama beliau ialah Abd Ghani Bin Wook, berpangkat Pegawai Waran 2 dalam RAMD. Pegawai Waran 2 adalah pangkat kedua tertinggi dalam kalangan Lain-lain Pangkat (LLP) di dalam RAMD. Beliau pernah menyertai operasi-operasi yang melibatkan pengganas komunis di zaman darurat. Misi mereka adalah mencari dan menjejak musuh. Antara operasi yang disertai beliau adalah Operasi Cahaya Bena Satu dan Operasi di Sungai Chalek. Beberapa perkara pelik berlaku ketika menjalani operasi mencari dan menjejak musuh. Setelah berpuluh tahun berkhidmat dalam RAMD, pada tahun 1996, beliau telah bersara wajib dari perkhidmatan tersebut. Kini, beliau berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Download

[thumbnail of 119833.pdf] Text
119833.pdf

Download (328kB)

ID Number

119833

Indexing

Statistic

Statistic details