Abstract
“Festival Vaganza Seri Tanjung 2022” ini diadakan sebagai salah satu aktiviti yang dianjurkan terutamanya kepada penghuni Kolej Seri Tanjung untuk mengurangkan tekanan sambil berhibur dan beriadah pada minggu ke-7 kuliah. Dengan adanya aktiviti seperti Talent Night dan e-Sport Mobile Legend, ianya dapat mengetengahkan dan mengangkat bakat pelajar yang berpotensi ke platfom yang lebih besar. Aktiviti Flea Market pula adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti keusahawanan, dan dalam masa yang sama dapat membantu menjana hasil pendapatan di kalangan pelajar. Pertandingan video TikTok pula adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah melalui media sosial TikTok yang pada masa ini menjadi kegemaran di kalangan golongan muda. Colour Rush Fun Run 3KM dan One Minute Shooting Contest juga mendapat sambutan yang sangat meriah di kalangan pelajar. Pertandingan memancing pula lebih mendapat sambutan di kalangan mahasiswa, namun terdapat juga para mahasiswi yang turut sama menyertainya
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Masing, Shima UNSPECIFIED Japar, Juriah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
| ISSN: | 2976-257X |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Festival Vaganza, Kolej Seri Tanjung, UiTM Kampus Mukah |
| Date: | 16 November 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119798 |
